1. Apakah Prabayar Altel? Altel adalah perkhidmatan terbaru servis prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan, menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data.Talian telefon mudah alih yang dioperasikan oleh Altel Communination Sdn Bhd anak syarikat Puncak Semangat Sdn. Bhd yang dianugerahkan lesen 4G lte dengan spectrum terbesar 40 mhz. Syarikat ini adalah ahli kumpulan AlBukhary Group of Caompanies milik Tan Sri Syed MokhtAR Al Bukhary.
2. Bagaimana dengan liputan/coverage Altel?
Liputan Altel ada di seluruh negara sepertimana celcom krn buat masa ini Altel dan Celcom bekerjasama untuk membangunkan infrastruktur 4G Lte.
3. caj panggilan, sms dan internet? # Caj panggilan hanya 8 sen, sms 2 sen jika anda mdaftarkan no friend &
family ke dalam sistem (untuk nombor2 Altel, celcom, tunetalk dan mana2 mvnoCelcom).
# Kadar Caj biasa adalah 16 sen untuk panggilan dan 5 sen untuk sms ke mana2 rangkaian. #Pelan internet RM15 untuk 5000mb seminggu RM28 untuk 1 Gb - tempoh sah 1 bulan RM48 untuk 2Gb - tempoh sah sebulan sebulan. Manakala tanpa pelan tersebut ATAU GB SUDAH HABIS 5 sen per mb (pay per use). # MMS hanya 25 sen per mesej.
5. Berapakah tempoh sah SIM pek? Semua SIM Pek Altel disertakan bersama 30 hari tempoh sah selepas pendaftaran berjaya. Anda haruslah tambah nilai sebelum hari yang ke-30 bagi mengelakkan perkhidmatan
terganggu.
6. Dimanakah saya boleh tambah nilai? Anda boleh menambah nilai kredit anda di semua kedai-kedai diseluruh negara. Anda hanya perlu mencari logo Altel di kedai yang berhampiran. Semua saluran ePay di stesen myk (petronas mesra) ada menjualnya. Secara online reload telah ada di cimb click dan RHB internet Banking.. Rangkaian restoran mamak seperti Mohsin, Syed bistro dan Ali Maju juga Aeon,Tesco,Giant,Watson pun sudah ada..
7. Apakah denominasi yang disediakan bagi tambah nilai dan tempoh sah? Denominasi tambah nilai Altel bernilai RM5, RM10, RM30 and RM50. Tempoh Sah RM5 – 5 hari RM10 – 20 hari RM30 – 60 hari RM50 – 90 hari
TAMBAHAN ::: ALTEL potong 5 sen je tuk 1mb Kalo ade yg lupe mobile internet die dh expired Klo company lain Selamat tgl baki kedit ..
Extended validity hanya rm28 tuk setahun Dan hanya perlu top up sekurang kurangnya rm30 utk 6 bulan
pertama